Pahit dan peritnya kehidupan apabila diuji dengan satu kehilangan.
Namun, ini hanyalah kehilangan dunia. Engkau masih memiliki akhirat yang masih menungu di hujung hayatmu..engkau tidak hilang segala-galanya. Bukankah semua milik Rabbul ‘alamin dan DIA berhak mengambil apa yang dipinjamkan pada bila-bila masa.. bukan pada waktu kita bersedia berpisah dengannya, tapi apabila DIA hendak mengambilnya kembali.
Ia hanyalah alat dunia yang sememangnya bersifat sementara. Tak akan di bawa ke alam kekal kelak... Pujuklah hati untuk menerima hakikat dunia yang sementara. Akhirat yang kekal selama-lamanya..
Walaupun hanya alat di dunia, tapi ia membantu hatiku memburu akhirat. Ia digunakan untuk merebut kepentingan akhirat. Hatiku inginkan setiap kurniaan ALLAH buatnya akan digunakan sepenuhnya untuk kesenagan di hari kemudian, tidak ada tujuan lain hanya untuk keutamaan Din. Tapi...mungkinkah ada niat lain? Selain demi ALLAH dan RasulNYA? Mungkinkah ia menyimpan sesuatu yang tidak disukai ALLAH? Atau ALLAH hendak menguji adakah hatiku masih berjuang demi Din, bukan dengan adanya sedikit kemudahan dan kenikmatan yang dikurniakanNya ini?
Sesungguhnya, setiap yang terjadi ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya. Berbaik sangkalah dengan ALLAH. DIA Maha Arif dengan keperluan hamba-hambaNYA kerana DIAlah Penciptanya.
Mahupun pada zahir, ia diambil dengan kekejaman dan penganiaan, ia tetap berlaku di dalam perancangan dan keizinanNYA. Ingatlah wahai hati, mereka boleh mencuri alat dunia darimu, tapi tidak sekali-kali alatmu ke akhirat. Mereka boleh pisahkan dunia yang sementara tetapi IMANmu tidak boleh dipisahkan begitu sahaja. Engkau masih punyai IMAN dan ISLAM, sama-sama kurniaanNya, tapi lebih berharga dari dunia seisinya..hargailah sesuatu yang benar-benar membawamu mendekatiNYA. IMAN dan TAQWA adalah bekalanmu ke sana, walau tanpa satu alat dunia, tapi hatimu masih mampu meraih kemenangan hakiki kelak InsyaALLAH. Yaqinlah pada JANJI ALLAH..
Hanya Tawakkal padaNya..
-- my MP3 ....
2 comments:
Amin Misran said...
Tinggi betul tawakal akak....
dengan kehilangan yg kecil memberi impak yg besar dalam kehidupan....
Bagaimana kalau org akak yg tersayang hilang?
Will you still hold on?
Ummu Al-Fateh said...
WaAllahualam...
Setiap kehilangan akan beri impak pd kehidupan.. samada besar atau kecil, depends on how it touchs ur feelings..tapi kene yakin bhw mmg Allah dah susun begitu kn...
Will I hold on? I have to.. hold on to His promises...May Allah give me the strength then.