-- muhasabah. sob sob.
Astaghfirullah. Moga Allah SWT ampunkan dosa hati kecil ini. Kerana terus meminta tanpa menyedari dan berfikir semula bahawa Engkau telah beriku berbagai2 Nikmat.
SubhanALLAH Maha Agung Engkau ya Allah. dan istimewanya aku kerana diberi nikmat Iman dan Islam. Engkau juga telah beri ku lalui pebagai fasa kehidupan yang tak pernah aku terfikir akan menyaksikannya. Ingatkan umurku tidak sehingga kini. Engkau Lebih Tahu.
Ya Allah, Bantulah aku agar aku terus menerus BERSYUKUR dengan pemberianmu. Agar aku terus mampu untuk laksanakan tanggjawab ku di dunia ni dan sampai ke alam kekal dalam husnul khatimah.
Astghfurullah astaghfirullah astagfirullah. Bila hati tak bersyukur, kita akan mula persoalkan apa yang Engkau belum atau tak beri, padahal Engkau telah beri lebih dari yang dipinta.
Aku nak jadi HAMBAMU yang BERSYUKUR.
Tadi teringt Kata2 CintaMU,
1 |
Dan (ingatlah) ketika Tuhan
kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu
kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
2 |
...dan sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah
diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaq: Ayat 2 - 3)
Nak kene ingat selalu, "ALLAH SWT KNOWS BEST"
-- Allah SWT knows BEST!
-- He plans for us. Redha.
Baaanyaknyer TAZKIRAH buat hati.
Mari kita terus cari dan cari agar HUBUNGAN HATI denganNYA terus UTUH dan SUBUR.
0 comments: