Bismillahir Rahmanir Rahim.


PRU 13 - Pengalaman mengundi yang kedua. Alhamdulillah.


Allah SWT masih beri kesempatan dan usia untuk melaluinya. Cume kali ini berbeza dari PRU 12 kerana saya mengundi di tempat yang lain dan bersama orang yang berlainan ^^.

Alhamdulillah semuanya lancar walaupun kali ini kami terpaksa mengundi di petang hari untuk mengelakkan kesesakan di tempat mengundi. Sedihnya anak kami yang tidak layak mengundi lagi tidak di benarkan memasuki kawasan mengundi. Kami terpaksa patah balik rumah mertua. Masak dan makan tengahari dulu. Alhamdulillah anak kami tidur lena ditemani Atoknya (Atok dah berjaya mengundi awal2 pagi lagi) seletah hampir Zohor.

Kami terus dirikan Solah Zuhur dan terus berjalan kaki ke tempat mengundi.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dah tak ramai pun..... TQ ALLAH for everything ^^



Keputusannya seperti berikut PRU 13/ 2013,


Nak lagi detail kat sini, http://www.myundi.com.my/

BN Menang.
Alhamdulillah.

 

 "Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya.
[Hadis Riwayat Muslim]

Allah kn MAHA LEBIH TAHU keperluan dan kehendak Hamba2NYA. Serah padaNYA.

"Apabila kerja-kerja Islam dapat diteruskan maka sebenarnya kita MENANG!" ulasan kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Islam akan tetap MENANG nnti dengan kemenangan yang hakiki. Kita yang RUGI jika tidak bersama kemenangan itu.

waALlahu'alam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers