Protect our Protection


Hijab protects and must be preserved...




Lailatul Qadr... (The Night of Decree)

"Indeed, We sent the Qur'an down during the Night of Decree.
And what can make you know what is the Night of Decree?
The Night of Decree is better than a thousand months.
The angels and the Spirit descend therein by permission of their Lord for every matter.
Peace it is until the emergence of dawn."


O Allah please Forgive me...

Only two days to go before we enter the final phase of this blessed month..
two more days to search for The Night
one of the nights of these last days of Ramadhan
could it be the 21th or 23rd or 27th of Ramadhan
only Allah swt. knows
so we have to Search if we are eager
to tell Him our wishes and dua'..
hmmm can it be a different night for everyone.
will it be special night for me?

- Lailatul Qadr Seeker




Ramadhan Kareeeem....

The Month of LOVE and BEAUTY
Let the picture convey the messages.




This is our journey now...


to Jannah. Have a SAVE journey......




NERACA DALAM KEHIDUPAN

Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai syara’ dan tidak seharusnya diambil nilai-nilai yang lain. Kebaikan dan keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kepada kaedah:

“ Yang Baik Ialah Apa Yang Dipandang Baik Oleh Syara’ dan Yang Buruk Ialah Apa Yang Dipandang Buruk Oleh Syara”

Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai syara’ dan melarang dari mengambil nilai yang lain daripada nilai syara’. Antaranya Firman Allah s.w.t:

(i) Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui “ (Surah Al Jaatsiyah: 18)

(ii) Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadanya) “ (Surah Al A’raaf : 3)

(iii) Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepaamu dan kepda apa yang diturunkan sebelum kamu?. Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya (Surah An Nisaa’ : 60)

Terdapat keterangan yang memberi peringatan bahawa memilik dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam merupakan, kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :

(i) Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) (Surah Al An’aam: 116)

(ii) Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. “ (Surah Al Ahzab: 36)


NILAI YANG TETAP

Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman beredar dan berubah. Dalam hal ini al Allamah Abu al’Ala al Maududi telah menyatakan daalam risalahnya, Ila Ayy Syai’Yad’u al Islam, bahawa Allah s.w.t tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertinggi (Supreme Law) melalui RasulNya, bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap (Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al Quran dan Sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya.

Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu, maka ia tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah golongan atau jamaah yang melepas dan membebaskan diri daripada Islam.

Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh As Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at Tasawwur al Islami Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu diperingatkan sekiranya ketetapan Allah s.w.t itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.

Firman Allah s.w.t : Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu “ (Surah Al Mu’minuun: 71)

NILAI ALLAH

Islam telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai satu sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:

Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (Surah Al Asr : 1 – 3)

As Syahid Sayyid Qutb ketika menghuraikan ayat ini telah menjelaskan bahawa Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak lahir dari keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t telah membuat perbandingan di dalam Firmannya :

(i) Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil menafaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh“ (Surah Ibrahim : 18)

(ii) Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya suatu apapun. Dan didapati nya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya. “ (Surah An Nur:39)

Amalan Soleh itu adalah buah Iman, Iman itu hidup dan bergerak melahirkan amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat baik sahaja tanpa diamalkan.




 

Pertunangan berasal dari bahasa Melayu yang memiliki sama erti dengan Khitbah dalam Bahasa Arab atau dikenali dengan istilah meminang. Pertunangan, khitbah atau pinangan, iaitu satu ikatan perjanjian yang berlaku di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk mendirikan rumah tangga.

Khitbah dimaksudkan untuk menutup kesempatan bagi pria lain meminang perempuan yang telah dipinang.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di atas pertunangan orang lain"

Tujuan Pertunangan
Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah.

Dari Mughirah bin Syu’bah baerkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih saying antara kalian berdua’.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).

Dalam hal ini jumhur ulama’ membatasi anggota tubuh yang boleh dilihat hanya wajah dan kedua tangan.


Hanya Sebatas Perjanjian

Petunangan hanya sebatas perjanjian untuk mengadakan pernikahan atau tidak mewujudkan pernikahan tersebut. Ertinya, pihak masing-masing berhak untuk membatalkan. Namun bila tidak ada alas an yang tepat, maka kedua belah pihak dilarang membatalkan. “Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian-perjanjian kamu” (5:1). Dalam hal ini, pihak yang diputuskan dapat minta ganti rugi pada pihak yang memutuskan.

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan ALLAH sebagai pokok utama.

Pertama: Adakah fardu ain si lelaki ‘benar-benar beres’ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjamaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan ALLAH sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebgai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga. Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hokum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak solah, atau tidak menjaga solahnya atau berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.



Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengawinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

 

Untuk mendapat keberkatan ALLAH, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga adab. Keberkatan ALLAH ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ‘salafussoleh’, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu Nampak ‘tidak cantik’, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Seterusnya, janganlah dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunagn, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sbentuk cincin sahaja. Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan berbagai cara demikian. APabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang semua negeri sudah menetapkan berapa ma kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah SAW memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bermula yang terbaik perempuan itu ialah yang terlebih murah mas kahwinnya." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada isteri Rasulullah SAW itu hanya sepuluh dirham sahaja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda. Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). Manakala Said Ibnu Musayyab menahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
 

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantunyahendak member hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah digalakkan kedua-dua pihak yang bertunang agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.




Adab pertunangan dalam Islam
 

Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati Allah SWT. Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Adab dalam bergaul
 

Maksud bergaul disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunang masing-masing

a) Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaa dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama. 


Ingatlah hadis Rasulullah SAW:

“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita yang bukan mahramnya, melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”

 

b) Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruangan ‘aman’ dari fitnah social dan kerosakkan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunangnya.

c) Perbualan hanya sekadar menanya khabar, member maklumat, memerima maklumat dan member nasihat. Perbualan atau perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsure nafsu syahwat. Hendaklah dijauhi pertemuan yang tidak berfaedah untuk memadu kasih, benjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang yang melihat tunang secara sendiri.


Rasulullah SAW telah meningatkan kita menerusi sabda bagainda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya syaitan.”

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.”

2. Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya nagi mengelakkam daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama’ sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu perkahwinanpertunangan, cume rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:

Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan, atau peluang menghitung-hitung kekurangan pasangan, yang boleh membawa putusnya hubungan pertunangan. Kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa pada pasangan itu sendiri.

Tempoh yang lama mungkin member peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satup pasangan dan berusaha untuk memisahkan antara keduanya.


Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh petunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.

waALLAHualam.

Tazkirah 'Dengan NamaMu' - 25 November 2007, ZAA



Allah swt terus mengizinkan Mahligai Dakwah terbina pada 12 Disember 2008.



 


Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Terima Kasih Allah swt. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers