Pertunangan berasal dari bahasa Melayu yang memiliki sama erti dengan Khitbah dalam Bahasa Arab atau dikenali dengan istilah meminang. Pertunangan, khitbah atau pinangan, iaitu satu ikatan perjanjian yang berlaku di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk mendirikan rumah tangga.
Khitbah dimaksudkan untuk menutup kesempatan bagi pria lain meminang perempuan yang telah dipinang.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di atas pertunangan orang lain"
Tujuan Pertunangan
Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah.
Dari Mughirah bin Syu’bah baerkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih saying antara kalian berdua’.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).
Dalam hal ini jumhur ulama’ membatasi anggota tubuh yang boleh dilihat hanya wajah dan kedua tangan.
Hanya Sebatas Perjanjian
Petunangan hanya sebatas perjanjian untuk mengadakan pernikahan atau tidak mewujudkan pernikahan tersebut. Ertinya, pihak masing-masing berhak untuk membatalkan. Namun bila tidak ada alas an yang tepat, maka kedua belah pihak dilarang membatalkan. “Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian-perjanjian kamu” (5:1). Dalam hal ini, pihak yang diputuskan dapat minta ganti rugi pada pihak yang memutuskan.
Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan ALLAH sebagai pokok utama.
Pertama: Adakah fardu ain si lelaki ‘benar-benar beres’ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjamaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.
Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan ALLAH sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebgai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga. Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hokum Islam.
Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak solah, atau tidak menjaga solahnya atau berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengawinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
Untuk mendapat keberkatan ALLAH, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga adab. Keberkatan ALLAH ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.
Contohnya, orang pada zaman ‘salafussoleh’, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu Nampak ‘tidak cantik’, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.
Seterusnya, janganlah dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunagn, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sbentuk cincin sahaja. Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan berbagai cara demikian. APabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.
Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang semua negeri sudah menetapkan berapa ma kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah SAW memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bermula yang terbaik perempuan itu ialah yang terlebih murah mas kahwinnya." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu beranak dan murah mas kahwinnya.”
Kita patut mengetahui setengah daripada isteri Rasulullah SAW itu hanya sepuluh dirham sahaja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda. Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). Manakala Said Ibnu Musayyab menahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.
Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantunyahendak member hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.
Pada hari pertunangan, hendaklah digalakkan kedua-dua pihak yang bertunang agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.
Adab pertunangan dalam Islam
Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati Allah SWT. Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian:
1. Adab dalam bergaul
Maksud bergaul disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunang masing-masing
a) Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaa dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama.
Ingatlah hadis Rasulullah SAW:
“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita yang bukan mahramnya, melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”
b) Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruangan ‘aman’ dari fitnah social dan kerosakkan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunangnya.
c) Perbualan hanya sekadar menanya khabar, member maklumat, memerima maklumat dan member nasihat. Perbualan atau perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsure nafsu syahwat. Hendaklah dijauhi pertemuan yang tidak berfaedah untuk memadu kasih, benjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang yang melihat tunang secara sendiri.
Rasulullah SAW telah meningatkan kita menerusi sabda bagainda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya syaitan.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.”
2. Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya nagi mengelakkam daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama’ sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu perkahwinanpertunangan, cume rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan, atau peluang menghitung-hitung kekurangan pasangan, yang boleh membawa putusnya hubungan pertunangan. Kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa pada pasangan itu sendiri.
Tempoh yang lama mungkin member peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satup pasangan dan berusaha untuk memisahkan antara keduanya.