Showing posts with label Messages. Show all posts
Showing posts with label Messages. Show all posts



Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
tapi hanya ALlah saja yang tahu rahsia di dalamnya..
begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa tapi hanya ALlah yang tahu rahsia kehidupannya..
jika kau kecewa, pandanglah ke sungai,
airnya mengalir biar berjuta batu menghalang.
jika kau sedih, pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa ALlah sentiasa bersamamu..
saayang anti... (",)

Zainab Dzakaria -- 09/10/06 -- 06:13:23am



Hati perlu ditarbiyah / dididik bersungguh-sungguh
supaya menjadi hati yang hidup,
hati yang sentiasa ada hubungan dengan ALlah S.W.T,
hati yang yakin bahawa kita akan bertemu ALlah,
hati yang yakin bahawa ALlah akan mengira segala amalannya,
hati yang sentiasa mengharapkan rahmat ALlah
dan hati yang takut akan azab ALlah S.W.T.
Bermula dari hati maka ALlah
akan mengubah keadaan hal sesuatu kaum itu
apabila mereka mengubah apa yang ada dalam hati mereka.

Ameen -- 01/02/2007 -- 08:43:10PM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers