Showing posts with label Catatan Memori. Show all posts
Showing posts with label Catatan Memori. Show all posts




 Dengan namaMu ya Rahman

-- musafir alam

Perjalanan kami, Cranfield - Sheffield - Manchester - Liverpool - Cranfield

Niat? Ambil perluang melihat Alam ciptaanNYA dan ziarah.


Kata Kunci:

1. Focus pada NIAT.

Jika niat kepergian Anda adalah baik maka kabar gembira untuk Anda dengan sabda Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam , artinya: "Barangsiapa yang berkeinginan untuk melakukan suatu kebaikan namun belum sempat menunaikannya maka Allah mencatat untuknya satu kebaikan yang utuh." (HR Al Bukhari).

2. Jenis-jenis Safar

Terpuji / Makruh / Tercela atau dilarang

3. Teman Safar

Lebih baik berkumpulan
Pilih teman musafir yang baik

4. Safar ke Negara Kafir

(Pendapat Syaikh Abdur Rahman Al Jibrin)

Urusan Hiburan?
Tujuan Dakwah/Taklim?
Bisnes?

Tempat yang seharusnya dihindari - dosa dan ikhtilat LP

5. Panduan ringkas

6. Musafir Rasulullah s.a.w




Kepentingan Tafakkur Alam


Muqaddimah tulisan Sy. Mustafa Masyhur
Tajuk: Bertafakkur Terhadap Makhluk dan Tanda-tanda Kekuasaan Allah

>> Perkukuhkan Ma'rifatuLlah sebagai Alat Pengubah

“Pekerja di stesen keretapi mengubah landasan dan laluan keretapi, bukan dengan mengubah dan menghalakan keretapi itu ke laluan yang dikehendaki, tetapi ia mengubahnya dengan cara yang mudah iaitulah dengan menggunakan “alat pengubah haluan landasan.” Dengan menarik sedikit “alat pengubah” tersebut, ia dapat mengubah haluan keretapi ke laluan yang lain tanpa bersusah-payah. Demikian juga hati manusia dan ma’rifatullah (mengenali Allah). Mengenali Allah secara hakiki merupakan “alat pengubah.”

Apabila hati insan mengalami suatu perubahan dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, diri insan itu juga akan berubah. Apabila seseorang individu itu berubah, ummah juga akan berubah. Apabila engkau inginkan perubahan, maka baikilah hati manusia dengan mengenal-kannya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala secara hakiki.”

(Dari kalam Al-Imam Al-Syahid di dalam Durus Al-Thulatha’)


Kita sangat memerlukan kepada ma’rifatullah yang hakiki untuk membaiki hati dan mengubah keadaan agar keadaan uinat seluruhnya juga berubah. Di antara apa yang membekalkan kita dengan ma’rifat ini ialah bertafakkur terhadap ciptaan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya di alam semesta ini, serta mentadabbur nama-nama dan sifat-sifatNya.

Kesimpulan:



Hikmah Kembara

Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia 

WAallahu'alam




Allah swt. loved him and called him back.

My beloved Father-in-law, Arwah Abah Ismail - Hubby's father - around Maghrib time on the 4th of February 2014.


Wish to record the memory here.

After Hubby's birthday respond message through Whatapps. His replies were:

"Aid ni buat mk sedih aje pgini. tu lah taggong jawab yg Allah beri, Alhmdllah Syukur Allah kurniakn mak abah anak anak yg brtanggong jawab .ALHAMDULILLAH"

Aid, Hubby's special name. Usually Mak Hajar calls Hubby with this name.


"Ngah abah hanya berharap angah mendoakan agar abah sihat dan dapat bertemu dengan cucu abah yang jauh. Sekiranya takdir menentukan sebaliknya pohon doakan agar amalan diterima Allah. Juga dapat bersama dgn anak dan cucu semuanya dalam keluarga bahagia. Pohon doakan"

'Ngah' name for second in the family, we are the Ngah family. Little Joyful Beauty is the granddaughter that Arwah referred to. huhu.....


"Begitu juga Eka sekeluarga dan Along sekeluarga pohon doakan kesihatan abah sebab akhir akhir ini kesihatan abah agak membjmbangkan"




"Cuma yang mampu abah mohon kemaafan dari anak anak semua andainya abah ada kegagalan dalam mambimbing anak anak sehingga tidak dapat meletakkan anak anak ditempat yang sepatutnya. Kepada semua menantu abah mohon maaf dan sekiranya ada menyusahkan sepanjang kita berkeluarga"

He has felt 'the call'. May Allah swt bless him always and accepted his repentance.


"Antaranya kanser hati dah tahap tiga . Buah pinggang . Jantung ada masalah. Dan bsdan makin lemah. Jalan tiga empat langkah dah penat. Makan tiada selera"

The asbab of 'the call'. waALlahu'alam.

I did some search of what can we do or help from far other than DOA. 
These were the results from Solusi Islam:

Kumpulan Doa

Hukum Ziarah Kubur 
Ziarah Kubur

Solusi Islam Label: Alam Kubur.


DOA DALAM SHALAT JENAZAH

 
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ] 


“Ya Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” [HR. Muslim 2/663]
waALlahu'alam.


Bismillahir Rahmanir Rahim.


PRU 13 - Pengalaman mengundi yang kedua. Alhamdulillah.


Allah SWT masih beri kesempatan dan usia untuk melaluinya. Cume kali ini berbeza dari PRU 12 kerana saya mengundi di tempat yang lain dan bersama orang yang berlainan ^^.

Alhamdulillah semuanya lancar walaupun kali ini kami terpaksa mengundi di petang hari untuk mengelakkan kesesakan di tempat mengundi. Sedihnya anak kami yang tidak layak mengundi lagi tidak di benarkan memasuki kawasan mengundi. Kami terpaksa patah balik rumah mertua. Masak dan makan tengahari dulu. Alhamdulillah anak kami tidur lena ditemani Atoknya (Atok dah berjaya mengundi awal2 pagi lagi) seletah hampir Zohor.

Kami terus dirikan Solah Zuhur dan terus berjalan kaki ke tempat mengundi.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dah tak ramai pun..... TQ ALLAH for everything ^^



Keputusannya seperti berikut PRU 13/ 2013,


Nak lagi detail kat sini, http://www.myundi.com.my/

BN Menang.
Alhamdulillah.

 

 "Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya.
[Hadis Riwayat Muslim]

Allah kn MAHA LEBIH TAHU keperluan dan kehendak Hamba2NYA. Serah padaNYA.

"Apabila kerja-kerja Islam dapat diteruskan maka sebenarnya kita MENANG!" ulasan kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Islam akan tetap MENANG nnti dengan kemenangan yang hakiki. Kita yang RUGI jika tidak bersama kemenangan itu.

waALlahu'alam.





Doa Nabi Yusuf 'alaihis salam:


تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Ya Allah , Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang shaleh.” (QS. Yuusuf: 101)

Doaku dan harapanku juga begitu.


Buat mereka yang baru sahaja dipanggil pulang, semoga Allah menghargai setiap kebaikan yang telah mereka lakukan dan golongkanlah mereka dikalangan orang-orang yang SOLEH.

Arwah Pak Usu Sabirin sekeluarga - Adik bungsu Mama.
Arwah Makcik Sipah - jiran rapat Mertua.


Al-Faatihah.


Kenangan di Tasik Pesona, Durian Tunggal, Melaka


- sungguh, Alam ciptaanNya penuh dengan Ketenangan


Pesan Pak ArBi:


"Kita pergi / datang sesuatu tempat dengan dalam jiwa, INGIN MEMBERI sesuatu bukan untuk MENDAPAT sesuatu, InsyaALLAH bila kita datang dengan niat untuk memperoleh sesuatu, kita akan kecewa bila tak dapat apa yang kita 'expect'....Bila kita ingin sentiasa memberi, kita akan lebih tenang dan berpuas hati, sebab bergantung kepada kita sebanyak mana kita hendak beri.." (ou kama qol, lebey kurang katanye)


Dalam kata lain:


ERTI HIDUP PADA MEMBERI (Saifulislam.Com)


- dan peringatan bagi mereka yang berfikir, berakal dan bersyukur

Thank You ALLAH!




-- my external hard disk...

Sedih dengan satu kehilangan … Asyik teringat saat manis dan bahagia bersamanya. Hatiku sayu, mungkinkah hatiku tidak menyakini akan janjiNya? Bukankah ALLAH akan menguji mereka yang mampu sahaja..? Adakah aku mampu menghadapi ujian dunia ini? Hati sering kali menafikan… mengapa ALLAH uji sedemikain?

Pahit dan peritnya kehidupan apabila diuji dengan satu kehilangan. 

Namun, ini hanyalah kehilangan dunia. Engkau masih memiliki akhirat yang masih menungu di hujung hayatmu..engkau tidak hilang segala-galanya. Bukankah semua milik Rabbul ‘alamin dan DIA berhak mengambil apa yang dipinjamkan pada bila-bila masa.. bukan pada waktu kita bersedia berpisah dengannya, tapi apabila DIA hendak mengambilnya kembali. 
Ia hanyalah alat dunia yang sememangnya bersifat sementara. Tak akan di bawa ke alam kekal kelak... Pujuklah hati untuk menerima hakikat dunia yang sementara. Akhirat yang kekal selama-lamanya..

Walaupun hanya alat di dunia, tapi ia membantu hatiku memburu akhirat. Ia digunakan untuk merebut kepentingan akhirat. Hatiku inginkan setiap kurniaan ALLAH buatnya akan digunakan sepenuhnya untuk kesenagan di hari kemudian, tidak ada tujuan lain hanya untuk keutamaan Din. Tapi...mungkinkah ada niat lain? Selain demi ALLAH dan RasulNYA? Mungkinkah ia menyimpan sesuatu yang tidak disukai ALLAH? Atau ALLAH hendak menguji adakah hatiku masih berjuang demi Din, bukan dengan adanya sedikit kemudahan dan kenikmatan yang dikurniakanNya ini?  

Sesungguhnya, setiap yang terjadi ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya. Berbaik sangkalah dengan ALLAH. DIA Maha Arif dengan keperluan hamba-hambaNYA kerana DIAlah Penciptanya.
Mahupun pada zahir, ia diambil dengan kekejaman dan penganiaan, ia tetap berlaku di dalam perancangan dan keizinanNYA. Ingatlah wahai hati, mereka boleh mencuri alat dunia darimu, tapi tidak sekali-kali alatmu ke akhirat. Mereka boleh pisahkan dunia yang sementara tetapi IMANmu tidak boleh dipisahkan begitu sahaja. Engkau masih punyai IMAN dan ISLAM, sama-sama kurniaanNya, tapi lebih berharga dari dunia seisinya..hargailah sesuatu yang benar-benar membawamu mendekatiNYA. IMAN dan TAQWA adalah bekalanmu ke sana, walau tanpa satu alat dunia, tapi hatimu masih mampu meraih kemenangan hakiki kelak InsyaALLAH. Yaqinlah pada JANJI ALLAH..

Hanya Tawakkal padaNya..


-- my MP3 ....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers